Thursday, 5 July 2012

Setiwangsa oh Setiawangsa

KEMELUT YANG TIADA PENGHUJUNGNYA

JKP sedang bermesyuarat
Oleh: NOORDDIN SALLEH
Dalam mesyuarat baru-baru ini saya diresahkan oleh kemelut yang sampai sekarang semacam tiada penghujungnya. Jawatankuasa Penyelaras yang telah ditubuhkan pada Pilihanraya ke 12, kali ini terpaksa digerakkan semula bagi memastikan PRU13 ini akan dapat berfungsi dalam menyelaraskan aktiviti yang sepatutnya dijalankan bagi menghadapi pilihanraya yang bakal menjelang tak lama lagi. Macam tahun 2008 dulu.... tunggu punya tunggu beberapa orang aktivitis lama seperti Mustapha Ghazanfar, Zulkifli Yusoff, Ishak   dan beberapa orang lagi pemimpin dari PKR mengambil ini inisiatif mewujudkan Bilik Gerakan Penyelaras P118 Setiawangsa. Masa tu calun PRU12 pun belum diketahui.... Jadi atas inisiatif pemimpin diataslah dapat diwujudkan Bilik Gerakan bagi memulakan kerja-kerja asas untuk menghadapi PRU12.
     Sekarang ini setelah empat tahun lebih kemelut ini masih lagi wujud dan belum diselesaikan secara tuntas. Ini bermakna apa yang telah dilakukan oleh Penyelaras 2008 itu terabai dan tidak diberikan layanan atau perkhidmatan yang sewajarnya termasuk ahli yang didaftarkan juga sukarelawan tidak pernah dihubungi sejak selesainya PRU12 itu. Siapa yang harus disalahkan?.
     Dengan situasi sedemikian, sekali lagi Jawatankuasa Penyelaras (JKP) yang baru ditubuhkan terpaksa berada dalam kemelut untuk mendapatkan khidmat sukarelawan atau ahli yang berdaftar. Dan ini juga telah  menyebabkan persediaan kerja-kerja pilihanraya terus menjadi tidak lancar kerana tiada rekod ahli dan sukarelawa. Bila tiada rekod bererti mereka tidak akan dapat dikesan serta merta dan sudah tentu alternatif lain terpaksa dicari bagi mengesan dimana mereka sekarang.
     Dalam kemelut sebegini... suatu program yang dinamakan Jejak Kasih telah mula diperkenalkan bagi menjejaki Reformis, Petugas-Petugas Pilihanraya serta ahli berdaftar di cabang Setiawangsa. Dan sebagai permulaan suatu program bagi menghargai Reformis dan Petugas-Petugas Pilihanraya lalu akan diadakan pada 14 Julai ini. Idea ini dicetuskan sendiri oleh Pengerusi JKP Saudara Sulaiman Salleh yang juga Pengarah Pilihanraya PRU12 dulu. Beliau mahu supaya langkah-langkah tertentu di ambil bagi mencari dan menjejaki mereka yang banyak membantu hingga calun PKR ketika itu hanya tewas dengan majoriti 8,134 sahaja sedangkan undi pos yang memang sudah diketahui umum ada kemungkina dikuasai oleh BN berjumlah 11,945... kalau dikaji logiknya dengan undi pos yang lebih 11 ribu maka majoriti yang diperolehi BN sepatutnya tidak kurang dari jumlah undi pos itu.  Dengan hanya 8,175 majoriti yang diperolehi BN maka indeks kerja keras petugas-petugas dan sokongan rakyat berpadu dan mencemerlangkan prestasi calun PKR Ibrahim Tan Sri Yaacob dalam pilihanraya tahun 2008 itu.
M. Kamal Shariff S/Usaha JKP
     Maka sekali lagi pada PRU13 ini kalau PKR turunkan calun yang sama untuk bertanding, maka sokongan yang sama malah mungkin dengan isu-isu yang ada sekarang ini tidak mustahil kemenangan akan beralih kepada calun PKR itu. Insyaallah.
     Saya sebenarnya tertarik dengan ungkapan 'merakyatkan parti' yang sering diluahkan oleh Pengerusi JKP dalam setiap mesyuarat yang diadakan. Dan untuk merakyatkan parti, tenaga dan minda kepimpinan parti harus terlebih dahulu di satupadukan. Dan harus diingat dalam Pakatan Rakyat bukan PKR sahaja yang harus memainkan peranan malah PAS dan DAP juga harus ada dalam gerakan untuk memenangkan calun yang bertanding bagi membentuk kerajaan.
     Tapi agak sukar untuk gerakan bersepadu PKR, PAS dan DAP dapat direalisasikan dalam keadaan PKR sendiri berada dalam keadaan tidak bersatu. Maka setiap orang dari pucuk pimpinan cabang dan juga kepimpinan PKR Wilayah Persekutuan harus terlebih dahului menginsafi bahawa kepentingan parti harus diutamakan untuk kita mengibarkan bendera Pakatan Rakyat di Putrajaya.
     

    ( Artikel ini ditulis berdasarkan pendapat penulis semata-mata bukan pendapat Jawatankuasa Penyelaras )





No comments:

Post a Comment