ANAK-ANAK YATIM DIRAI
Jawatankuasa Penyelaras P118 Setiawangsa telah memulakan program kemasyarakatannya dengan meraikan anak-anak yatim dari Sekolah St. Marry Air Panas. Seramai lebih kurang 30 orang anak-anak yatim yang terdiri dari kaum India telah dijamu selera serta diberi sedikit habuan dan hamper oleh mantan calun Sdra. Ibrahim Tan Sri Yaacob dalam satu majlis yang cukup sederhana sebelum majlis Ceramah Merdeka Rakyat 21 Jun lalu.
Majlis tersebut walaupun amat sederhana tetapi amat beerti bagi kanak-kanak yang kurang bernasib baik itu.
Program seperti ini akan terus dilaksanakan dari semasa kemasa.
No comments:
Post a Comment