Prihatin rakyat miskin, Anwar tolak biasiswa Nurul Izzah
(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 13 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau pernah menolak biasiswa yang diperolehi Nurul Izzah, ketika anaknya itu melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas (UTP)
“Ya, ketika itu saya jadi Menteri, tapi saya tolak. Boleh periksa rekod, ada seorang tolak (bantuan). Kenapa (saya tolak)? Sebab ada anak orang miskin lain yang tak dapat.
“(Untuk) saya, tak mengapa. Sebab (keluarga) kita mampu (tampung kos pelajaran),” katanya di hadapan 3,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Taman Petaling Utama, dekat sini malam tadi.
Anwar membidas sikap tamak pemimpin Umno BN mengaut harta negara, sehinggakan kuota biasiswa untuk pendidikan turut mahu dibolot.
“Oh…Kalau anak Menteri senang dapat (biasiswa), orang miskin kena mohon. Sekarang, nak belajar kena hutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” tegasnya.
Beliau turut mengulas dasar kerajaan Turki yang diterajui sahabatnya, Reccep Tayyip Erdogan selepas kemenangan AK Party dalam pilihan raya negara itu pada 2002.
“Erdogan anak kampung. Jadi Perdana Menteri Turki selepas keluar penjara. Tahu apa katanya?; ‘Saya takkan bangga menjadi Perdana Menteri kalau ada anak orang miskin yang tak mampu belajar kerana kemiskinannya’.
.
“Sebab itu sekarang ini di Turki, pendidikan percuma dari sekolah rendah sampai Universiti. Apakah Turki kaya, ada minyak sawit, ada minyak petrol? Tidak ada.
.
“Sebab itu sekarang ini di Turki, pendidikan percuma dari sekolah rendah sampai Universiti. Apakah Turki kaya, ada minyak sawit, ada minyak petrol? Tidak ada.
.“Di Malaysia apa yang tidak ada? Minyak sawit, minyak petrol ada. Untung Petronas RM80 bilion. Kita mampu buat, Menang Pakatan Rakyat tahun ini, tahun ini juga kita mansuh PTPTN,” katanya disambut tepukan gemuruh.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32736
No comments:
Post a Comment