Wednesday, 4 July 2012

program

PENGHARGAAN KEPADA REFORMIS

NURUL IZZAH ANWAR - Puteri Reformasi (Gambar Hiasan)
     Satu majlis meraikan reformis dan petugas pilihanraya akan diadakan pada 14 Julai depan mulai 8 malam. Majlis yang dirangka itu adalah sebagai salah satu dari PROGRAM JEJAK KASIH yang diperkenalkan oleh Jawatankuasa Penyelaras P118 Setiawangsa. Ianya akan dirasmikan oleh YB Tian Chua, Naib Presiden PKR.
     Program yang diperkenalkan itu adalah untuk menjejak kembali reformis, ahli PKR dan petugas Pilihanraya yang telah menyumbang tenaga kepada Jawatankuasa Penyelaras ini semasa PRU 12 tahun 2008.
     Dijangka seorang pemimpin reformis akan dijemput sempena majlis yang akan diadakan itu nanti. Majlis akan diadakan di Bilik Gerakan Jawatankuasa  P118 Parlimen Setiawangsa yang terletak di Sri Rampai, Setapak.


No comments:

Post a Comment