Sunday, 15 July 2012

 MUHIYUDDIN YASSIN DAH TAK SOMBONG LAGI
oleh Akhi Nosa Iskandar

     MUHIYIDDIN YASSIN Timbalan Perdana Menteri sudah surut dari sikap sombongnya bila menyatakan UMNO kena pertahankan Parlimen Gelang Patah habis-habisan dalam PRU13 nanti. Biasanya dia akan dengan sombongnya berkata 'tak mungkin pembangkang akan dapat menembusi mana-mana kawasan Parlimen maupun DUN di Johor kerana selama ini beliau mendakwa Johor sudah dikenali sebagai kubu kuat UMNO sejak zaman berzaman'.


      Dalam waktu yang sama ketika berucap dalam konvesyen UMNO Wilayah Persekutuan semalam dia juga menyatakan UMNO/BN kalah dalam PRU12 dulu hanya kerana orang UMNO sendiri 'cah keting' bukan kerana kekuatan pembangkang. Dalam  dua kenyataan yang berbeza itu nampak sangat Muhiyuddin sudah tidak yakin akan kekuatan UMNO/BN diseluruh negara. 


       Diwaktu sama PAS/PKR/DAP sudah berada dalam kekuatan luar biasa. Himpunan Hijau oleh PAS sentiasa berjaya dengan kehadiran puluhan ribu orang dan Merdeka Rakyat yang menjadi medium PKR memberi penerangan yang dihadiri sendiri oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mendapat sambutan yang luarbiasa. Artis-artis dan bekas-bekas penjawat awam pula kian ramai yang menyertai PAS dan orang melayu yang selama ini sangsi dengan DAP sudah mula menerima parti itu sebagai rakan kongsi untuk menumbangkan UMNO/BN.


       Dalam gelombang besar pada kali ini Akhi tak dapat lagi menyembunyikan rasa yakin bahawa selain dari merampas kembali Perak dari BN mungkin akan menawan beberapa buah negeri yang lain. Akhi meramalkan Negeri Sembilan dan Melaka akan menerima nasib yang sama dengan 5 negeri yang tumbang dalam PRU12 yang lalu.

       Kerusi Parlimen juga tidak akan lagi membenarkan dua pertiga dikuasai oleh BN. Pakatan Rakyat kena terus bekerja keras kerana sudah ada tanda-tanda untuk mereka menguasai Putrajaya. Dan dengan kabinet bayangan PR yang dapat memberikan kepuasan kepada ketiga-tiga parti kompenan PR, walaupun tidak sepenuhnya tapi sudah memadai untuk meyakinkan rakyat berbilang kaum untuk memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan diadakan bila-bila masa sekarang.  

No comments:

Post a Comment