Friday, 13 July 2012


KEADILAN sertai Himpunan Oren Selamatkan Felda

(Oleh Redzuan Shamsudin)
KUALA LUMPUR 13 Julai: Demonstrasi peneroka membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) Berhad yang berlangsung esok mendapat sokongan padu KEADILAN.
Timbalan Setiausaha Agungnya, T Kumar berkata, penyenaraian yang dilaksanakan oleh kerajaan BN amat menindas peneroka dan mereka berhak membantah.
“KEADILAN menyokong demonstrasi itu kerana kita nampak penyenaraian ini tidak membawa keuntungan kepada peneroka.
T. Kumar
“Dari segi jangka panjang, kerugian lebih besar ditanggung peneroka. Begitu juga 840,000 ekar tanah yang dipajakkan oleh FGVH. Tanah itu kini dibuka kepada pembeli saham termasuk pelabur asing,” katanya.
Menyokong tunjuk perasaan, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham juga menggesa ahli-ahli KEADILAN menyertainya bagi menunjukkan kepada kerajaan BN rakyat menentang kezaliman ke atas peneroka.
“Anggota KEADILAN dan semua golongan peneroka serta generasi kedua akan menyertai himpunan ini esok.
“Pemimpin-pemimpin parti juga dijangka turut hadir dalam demonstrasi bagi menzahirkan sokongan terhadap tuntutan peneroka,” ujarnya.
Himpunan ini bermula jam 2.00 petang di Perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dan berarak ke Istana Negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32750

No comments:

Post a Comment