Wednesday, 4 July 2012

ceramah

MERDEKA RAKYAT 2
BERSATU DALAM PAKATAN RAKYAT
oleh Dinsalleh Iskandar

Che'gu Bard
SATU lagi siri Ceramah Merdeka Rakyat yang dipelopori oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan sekali lagi diadakan di Setiawangsa pada 13 Julai yang akan datang.
      Ceramah Merdeka Rakyat yang pertamakali diadakan pada 21 Jun lalu di Air Panas dengan penceramahnya Datuk Seri Anwar Ibarhim, Ketua Umum PKR, Tan Seng Giaw (Ahli Parlimen Kepong) dan Dr. Zulkifli dari PAS telah dapat menarik penduduk tempat yang terdiri dari kaum Tionghua dan India.
      Kali ini Jawatankuasa Penyelaras P118 Setiawangsa akan menurun harimau muda yang juga Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Che'gu Bard, Datuk Tamrin Tun Ghafar, Prof. Dr. Aziz Bari, Col. (B) T. Nazri Mokhtar dan Blank (Bekas Vokalist GAMA) sebagai barisan penceramah.
     Datuk Tamrin Tun Ghafar yang masih ahli UMNO telah dengan lantangnya mengkritik Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak kali ini dijangka akan mengulangi kritikannya itu. Sementara Prof. Dr. Aziz Bari yang pakar dalam perundangan di percayai akan sekali lagi membawa isu-isu yang berkaitan bidang kepakarannya itu.
    Orang ramai terutama yang ingin menjadi ahli PKR dan Sukarelawan pada PRU13 adalah dijemput hadir beramai-ramai untuk membuat pendaftaran yang dibuka pada malam tersebut. Ceramah ini akan diadakan di Taman Rekreasi Jalan 1/56 AU3 54200 Kuala Lumpur (bersebelahan Komuniti Bistari AU3)
Prof. Dr. Aziz Bari (Kiri) dan Datuk Tamrin Tun Ghaffar (Kanan)

No comments:

Post a Comment