Monday, 23 July 2012

PENIAGA PASAR RAMADHAN SETIAWANGSA 'NAIK ANGIN'

Jamilah Kamarudin

 | July 23, 2012


DBKL seperti menindas peniaga Melayu sedangkan warga asing diberi kelonggaran berniaga dengan bebas di pasar borong tempatan dan di Jalan Chow Kit.
KUALA LUMPUR: Kira-kira 110 peniaga Bazar Ramadhan Setiawangsa hari ini berang dengan tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang enggan meluluskan tapak perniagaan atas alasan mengganggu lalu lintas.
Wujud kira-kira 15 tahun lalu, DBKL pada tahun ini tidak lagi membenarkan bazar itu dibuka di Jalan Setiawangsa 9, malah tidak pula menyediakan tapak alternatif untuk peniaga terbabit.
Keadaan itu menyebabkan peniaga bingung dengan tindakan DBKL yang turut menghalang mereka membuka gerai walaupun memiliki lesen sah.
Peniaga terbabit mula memasang khemah gerai sejak 2.30 petang tadi di sebuah kawasan lapang milik persendirian di Jalan Setiawangsa 13 dalam keadaan sempit dan tidak selesa.
Cuba rampas meja
Keadaan menjadi tegang apabila pegawai DBKL mula cuba merampas meja peniaga namun dihalang selain menghadapi beberapa provokasi daripada kumpulan peniaga.
Difahamkan, ketegangan ini sudah berlarutan sejak tiga hari lalu apabila peniaga dan DBKL gagal mencapai kata sepakat mengenai tapak sebenar bazar Setiawangsa.
Peniaga lauk-pauk, Sulaiman Mahmud berkata, beliau kesal kerana DBKL seperti menindas peniaga Melayu sedangkan warga asing diberi kelonggaran berniaga dengan bebas di pasar borong tempatan dan di Jalan Chow Kit.
Beliau berkata, masalah ini terjadi disebabkan wujudnya ‘orang atas’ yang berpengaruh di Taman Setiawangsa yang mengadu tidak selesa dengan bazaar tersebut dan mempengaruhi DBKL supaya tidak membenarkan lagi tapak bazar itu wujud.
“Selama ini kami tidak ada masalah dengan penduduk malah orang ramai berpusu datang membeli juadah setiap kali tibanya Ramadhan.
“Kami bukan berniaga di sini tiap-tiap hari, cuma sebulan dalam setahun…Kami mahukan jawapan DBKL kerana sehingga sekarang mereka masih membisu,” katanya.
Peniaga asam pedas, Zaiton Baba, 52, yang juga penduduk asal Setiawangsa tetap bertegas akan meneruskan perniagaanya seperti biasa walaupun mendapat tekanan daripada DBKL.
“Kami kesal kerana masalah ini tidak mendapat perhatian wakil Umno Bahagian, Datuk Bandar, mahupun Menteri Wilayah kerana ia membabitkan peniaga Melayu,” katanya.
Warga asing
Sementara itu, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (Ikhlas) berkata, Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Seri Zulhasnan Rafique merupakan individu yang memberi ‘kelulusan’ kepada DBKL menghalang kewujudan bazar terbabit.
“Masjid India, Lorong Tunku Abdul Rahman (TAR) banyak warga asing tapi kenapa tak dihalang?
“Datuk Zulhasnan, Datuk Bandar perlu bertanggungjawab selesaikan isu ini,” tegasnya.
Difahamkan, Zulhasnan gagal dihubungi buat masa ini kerana mengerjakan Umrah di Mekah.


Read more: http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2012/07/23/peniaga-bazar-ramadhan-setiawangsa-naik-angin/#ixzz21WKVp5ns

Sunday, 22 July 2012


TUESDAY, JULY 17, 2012


BONGKAR: Datok Najib dan Hishamuddin Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting

Do you like this story?
Bongkar!! Siapa Pewaris Sebenar Pusat Judi Genting Highlands?

Tauke Genting Highlands, Lim Goh Tong, semasa bekerja di Cameron Highlands tertarik dengan persekitaran Cameron Highlands. Bila balik KL, dia pun mula mencari kawasan yang hampir sama dengan Cameron Highlands tapi dekat dengan KL.

Cari punya cari…dia jumpa satu kawasan tanah tinggi di Gunung Ulu Kali yang berketinggian 1800 kaki dari paras laut.

Gunung Ulu Kali terletak ditengah-tengah sempadan Selangor dan Pahang. Nak buat apa-apa projek pun, bukan senang…sebab kena deal dengan dua negeri.

Tapi Lim Goh Tong bukan bodoh…sebab dia tau orang Melayu boleh dibeli. Toksah kata orang kampung…bapak Menteri pun boleh dibeli.

Orang pertama dibeli oleh Lim Goh Tong ialah Tan Sri Haji Mohamed Noah Omar. Toksah tengok title Tan Sri ataupun title Haji. Itu semua tak ada makna. Lim Goh Tong menubuhkan Syarikat Genting Highlands Berhad dan melantik Haji Mohamed Noah sebagai Pengarah.

Lim Goh Tong berpakat dengan Mohamed Noah untuk memohon tanah seluas 12,000 ekar yang terletak dalam negeri Pahang dan 2,800 ekar dari negeri Selangor. Dan sudah semestinya, perkara nak mintak tanah ni..Haji Mohamad Noah yang buat.

Kerajaan negeri Pahang meluluskan permohonan Genting Highlands Berhad serta merta. Tapi Datuk Harun Idris yang jadi Menteri Besar Selangor masa tu tak setuju nak bagi macam tu saja. Dia memberikan hak milik 99 tahun kepada Genting Highlands Berhad.

Goh Tong tak setuju dengan pajakan 99 tahun, sebaliknya dia mahukan hakmilik kekal. Datuk Harun tak setuju, sebaliknya dia hanya mahu bagi pajakan 99 tahun. Akhirnya, Datuk Mohamed Noah berjumpa dengan Tun Razak yang masa tu menjadi Timbalan Perdana Menteri supaya mendesak Datuk Harun suruh bagi juga kat Lim Goh Tong.

Datuk Harun terpaksa bersetuju dengan Tun Razak supaya memberikan tanah seluas 2,8000 ekar yang dimiliki oleh Kerajaan Selangor kepada Lim Goh Tong. Apa tujuan untuk membangunkan Genting Highlands..yang tu aku tak payah cerita. Kalau yang tu pun hangpa tak tau..memang bangang la.

Tun Razak pun aku tak payah cerita..sebab kalau tak tau dia tu bapak kepada Najib… tak tau nak kata la.

Cuma..berapa ramai yang tau siapa Tan Sri Haji Mohamed Noah yang menjadi kuda tunggangan Lim Goh Tong?

Tan Sri Haji Mohamed Noah adalah bapa mertua kepada Tun Razak. Datuk Najib jugak!! Anak Haji Mohamed Noah ialah Rahah (mak Najib) dan Suhaila (emak Hishamuddin).

Datuk kepada Najib dan Hishamuddin adalah kuda tunggangan Lim Goh Tong untuk mendapatkan 14,800 ekar tanah rizab Melayu untuk dijadikan pusat perjudian terkemuka didunia. Dan Pak Mentua dengan menantu bersepakat menggunakan kedudukan depa untuk mendapatkan persetujuan dua-dua kerajaan negeri.

Tun Razak dari Pahang.. jadi tak susah nak bodek Sultan Pahang. Manakala di Selangor, Tun Razak menggunakan kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri untuk memaksa Datuk Harun Idris menyerahkan tanah milik kerajaan Selangor kepada Pak Mentua dia.

Cara meluluskan Genting Highland pun semua kelam kabut. Sapa yang menentang semua kena steamroll.

Genting Highlands Berhad ditubuhkan pada 27 April 1965. Kerja-kerja membuat jalan dari Genting Sempah ke puncak gunung Ulu Kali bermula pada 18 Ogos 1965. Dalam masa empat bulan, semua proses permohonan tanah selesai. Masa tu kalau rakyat biasa nak tukar nama dalam geran pun mengambil masa dua tahun.

Najib Razak pewaris Genting

Sejarah selebihnya..yang tu hangpa cari sendiri la. Genting Highlands melalui beberapa proses pertukaran nama, percantuman, pertukaran pemegang saham.. akhirnya dimiliki sepenuhnya oleh Lim Goh Tong.

Sekarang ni…ada la dua tiga kerat Melayu yang jadi Pengarah non-eksekutif.. menguruskan pusat judi.

Tapi jangan risau…banyak lagi tanah-tanah di Malaysia ni yang belum tergadai. Semua orang mempunyai pilihan…sama ada nak terus pilih generasi Tan Sri Mohamed Noah untuk menggadaikan tanah Melayu..atau campak saja depa kelaut.

Jangan salahkan pencuri.. sebab kerja pencuri ialah mencuri. Salahkan diri sendiri sebab terus membenarkan pencuri bermaharajalela. ~msk

Saturday, 21 July 2012



Kisah Bekas Pelacur Yang Menjadi Calon Penghuni Syurga


Suatu ketika di suatu negeri, hiduplah seorang wanita bernama Al-Malikah. Dia adalah wanita tunasusila keturunan Bani Israil. Al-Malikah dikenal di negerinya sebagai pelacur kelas atasan. Bayaran yang ia peroleh juga cukup tinggi.


Kecantikannya sangat terkenal sehingga ramai pemuda yang menyukainya. Tidak terkecuali seorang pemuda bernama Abid. Abid sebenarnya pemuda miskin yang taat ibadah. Namun kepopularan paras cantik Al-Malikah di seantero negeri rupanya telah menggoda keimanan sang pemuda untuk mencuba menikmati kecantikan Al-Malikah.

Sayangnya untuk boleh bertemu Al-Malikah, Abid harus mengeluarkan biaya sebesar 100 dinar. Karena besarnya uang bayaran itu, Abid harus bekerja sekuat tenaga untuk mengumpulkan wang. Dia ingin bertemu dengan 'pujaan' hatinya. Setelah wang terkumpul, datanglah Abid menemui Al-Malikah.

Namun sesuatu yang mengejutkan terjadi. Ketika Abid telah berada di hadapan Al-Malikah, tiba-tiba tubuhnya menjadi gementar. Keringat bercucuran keluar dari sekujur tubuhnya. Yang terjadi, sang pemuda justru ingin lari dari tempat itu. Al-Malikah malah menjadi heran dengan tingkah Abid yang mendadak berubah.

Ketika Al-Malikah sudah berada di depannya, Abid justru teringat akan Rab-nya. "Aku takut kepada Allah, bagaimana aku mempertanggungjawabkan perbuatan maksiatku nanti," kata Abid.

Ucapan Abid yang spontan malah membuat Al-Malikah terkejut. Entah bagaimana, ucapan Abid seakan menjadi wasilah yang memberi kesadaran kepada Al-Malikah. Di luar dugaan, hati Al-Malikah tersentuh oleh ucapan Abid yang polos itu.

Abid pun lantas pergi menjauh meninggalkan Al-Malikah. Kakinya langsung berjalan seribu langkah. Namun tanpa diduga, belum jauh Abid meninggalkan tempat itu, Al-Malikah mengejar dan menghentikan langkah Abid. Al-Malikah mencegah Abid. Tapi bukan untuk memaksa Abid untuk berzina. Yang dilakukan Al-Malikah justru meminta Abid menikahinya. Perempuan itu tiba-tiba menangis di depan Abid, sambil memohon-mohon. Tentu saja kini giliran tingkah Al-Malikah yang membuat heran Abid.

Bahkan dengan nada mengancam, Al-Malikah tidak akan melepaskan langkah Abid sebelum pemuda itu benar-benar berjanji menikahinya. Namun usaha Al-Malikah sia-sia. Abid berhasil menjauh hingga menghilang dari pandangan Al-Malikah.

Keteguhan iman sang pemuda rupanya telah menawan hati Al-Malikah. Kata-kata keimanan yang keluar dari mulut Abid benar-benar telah membuka hati, mata dan pikiran sang wanita. Usai pertemuan yang awalnya untuk bertransaksi maksiat kepada Allah itu, Al-Malikah bertekad untuk memperbaiki diri dan segera keluar 'lembah hitam' pekerjaannya. Tujuannya tak lain, menyempurnakan benih iman yang mulai tumbuh kerana disiram ucapan sang pemuda. Dia pun mencari sang pemuda hingga ke pelosok.

Bertahun-tahun Al-Malikah berjalan keluar masuk kampung hanya untuk mencari sosok pemuda teguh iman yang pernah ditemuinya itu. Namun usaha yang dilakukan Al-Malikah gagal. Abid mengetahui jika sang wanita pelacur mencari-cari dirinya. Kerana ketakutannya kepada Allah, maka Abid selalu menghindar dan bersembunyi. Kerana ketakutannya yang luar biasa kepada Tuhannya itu, hingga membuat Abid pingsan lalu meninggal.

Khabar meninggalnya Abid ini rupanya sampai juga ke telinga Al-Malikah. Tentu saja khabar itu membuat Al-Malikah terkejut dan bersedih. Usahanya untuk dapat bersuamikan lelaki soleh gagal, sementara benih iman di hatinya baru saja tumbuh.

Al-Malikah lalu bergegas ke rumah tempat disemayamkannya Abid untuk bertakziyah. Tekadnya sudah bulat, memperbaiki diri dan keimanannya. Kerana tekadnya itu, Al-Malikah lalu berniat menikahi saudara Abid. Dalam pandangannya, jika ucapan dan perilaku Abid dapat mempengaruhi dirinya, apalagi terhadap saudaranya yang lebih dekat itu. Pastilah, menurut Al-Malikah, saudara Abid juga memiliki keteguhan iman yang tak kalah kokohnya dengan Abid.

Ternyata saudara Abid menerima permintaan dari sang wanita paras cantik ini. Keduanya pun menikah, meskipun sebenarnya Al-Malikah tahu jika baik Abid maupun saudaranya adalah pemuda miskin. Bagi Al-Malikah yang sudah bertekad kuat, hal itu bukan penghalang. Iman di hati yang telah disiram Abid kini menjadi kekayaannya yang baru. Kerana kekayaan iman baginya lebih besar dari sekadar kekayaan duniawi.

Al-Malikah lalu hidup berbahagia dengan lelaki soleh, saudara Abid. Dikhabarkan, Al-Malikah menjadi salah satu perempuan bani Israil calon penghuni syurga.

Friday, 20 July 2012


Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim


Salam
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِيَ أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلاَ يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُواْ الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُواْ اللّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ (2:185) 
Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. 
Pada ayat 185, Surah Al Baqarah itu termaktub perintah untuk umat Islam menunaikan ibadah puasa dan ayat tersebut juga mengsiyaratkan keutamaan bulan Ramadhan, antaranya ialah yang padanya diturunkan Al Quran sebagai petunjuk.
Al Quran atau gelar lainnya iaitu Al Furqan menjadi keterangan buat umat manusia membedakan antara yang hak dan batil, antara kebaikan dengan keburukan, dan antara cahaya dan fasad.
Merenungi pesan Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang sepertimana yang terkandung dalam ayat tersebut pasti mengetuk nurani kita betapa dikaitkan perintah untuk berpuasa dan keutamaan Al Quran sebagai pedoman menunjuki jalan yang lurus.
Ternyata terkandung dalam ayat tersebut bukanlah Allah SWT mahukan suatu kesukaran buat hambanya dengan mengwajibkan ibadah puasa bahkan juga ianya keterangan bagi Rahmah Nya, Kasih Sayang Nya yang melimpah ruah dan seperti yang ditunjuki dalam ayat sebelumnya, ayat 183 Surah Al Baqarah, agar kita menjadi umat yang bertakwa.
Menjalani ibadah puasa sepanjang bulan Ramadhan merupakan suatu ujian kepada umat Islam, ujian melawan nafsu, menundukkan musuh utama dan sekiranya menang, dianugerahi Alllah SWT dengan petunjuk serta ampunan dari Nya.
Maka tidak hairanlah kita mengapa perintah melaksanakan ibadah puasa dipintal bersama dengan keutamaan Al Quran. Kedua-duanya menjadi suatu kesempatan buat umat untuk menghayati, merenungi serta untuk dimaanfaatkan, dengan tujuan dilimpahi petunjuk untuk membedakan antara yang benar dengan yang batil, menafikan ketundukan kepada makhluk dan bersaksi bahawa kekuasaan hanya milik Dzul Jalal Wal Ikram ( Yang Maha Memilki Kebesaran dan Kemuliaan )
Kini Ramadhan sudah sampai ke penghujungnya. Sepanjang kita menjalani ibadah puasa ianya umpama sebuah madrasah yang mendidik erti kerendahan hati, erti sabar menanggung ujian, senantiasa membesarkan Allah SWT dan bersyukur kepada Nya. Tibanya satu Syawal semestinya disambut dengan rasa gembira dan bersyukur.
Apatah lagi sekiranya bersama sahabat handai serta sanak saudara. Moga kesempatan memperkukuh hubungan antara kita dengan Sang Pencipta sepanjang bulan Ramadhan itu berterusan. Izinkan saya, Azizah dan keluarga mengucapkan selamat menyambut Eid ul-Fitr kepada seluruh muslimin dan muslimat dengan lafaz Minal Eidin Walfaizin wal Maqbulin.
ANWAR IBRAHIM
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=19664

Tuesday, 17 July 2012

ANWAR IBRAHIM:
KORUPSI DI INDONESIA TIDAK LEBIH PARAH DARI MALAYSIA
Dari JaringNews.com
Oleh Nikky Sirait


“Pertumbuhan ekonomi di Indonesia seharusnya dibarengi dengan keberpihakan kepada masyarakat banyak.”
JAKARTA, Jaringnews.com – Tokoh oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, angkat bicara mengenai dunia perpolitikan Indonesia. Dia menilai, Indonesia mengalami perkembangan politik yang jauh lebih baik ketimbang negaranya.

“Positifnya Indonesia lebih matang, institusi demokrasi lebih mengakar, media lebih bebas. Walaupun ada masalah, ada kritikan kepada KPK, presiden ataupun kasus Century, masih ada ruang bagi publik untuk mengetahuinya,” ujar dia kepada Jaringnews.com dalam sebuah wawancara eksklusif di Hotel Shangri-La, Jakarta, Selasa (17/7).

Ada dua isu menantang yang dialami Indonesia hingga kini. Pertama, isu mengenai korupsi, dan isu tentang ekonomi. Namun, lagi-lagi menurut dia, korupsi yang terjadi di Indonesia tidak lebih parah dengan yang terjadi di Malaysia. Hanya saja, sambung dia, media di Malaysia dikontrol oleh pemerintah.

“Tidak benar korupsi di Malaysia tidak lebih parah seperti yang digambarkan. Sebab kita sophitication (lebih canggih). Korupsi di Malaysia tidak dihebatkan (diberitakan) karena media dikontrol,” ungkap pria kelahiran Pulau Pinang, Malaysia, 10 Agustus 1947 ini.
Dia pun menyebutkan satu kasus korupsi di Negeri Jiran yang terkesan sengaja tidak diekspos media, yakni mengenai skandal pembelian kapal selam dari Prancis pada 2002 oleh pemerintah Malaysia yang tengah mengemuka.

“Di mahkamah Prancis sudah dibuka, berita soal ini di Prancis ada, tapi di Malaysia tidak diungkit. Satu dunia bicara korupsi setengah miliar ringgit, tapi dipadamkan (tak diungkap) sama sekali,” ujar dia.

Lalu, mengenai isu ekonomi, lanjut dia, pertumbuhan ekonomi di Indonesia seharusnya dibarengi dengan keberpihakan kepada masyarakat banyak. “Masih ada marginalization (marjinalisasi), kemiskinan, dan jurang itu terus melebar. Saya tidak pikir itu sustainable (berkelanjutan),” tuntas Anwar.

Kedatangan Anwar ke Jakarta yakni untuk menghadiri diskusi ilmiah dengan tema Peace & Reconciliation in Southeast Asia, yang akan digelar di Hotel Shangri-La, pukul 15.00 WIB. Acara ini merupakan perayaan setahun usia jurnal tiga bulanan berbahasa Inggris ‘Strategic Review: The Indonesian Journal of Leadership, Policy, World Affairs’, yang diluncurkan pada 15 Agustus 2011 lalu.

Selain Anwar, turut menjadi pembicara dalam forum ini, yakni mantan Perdana Menteri Thailand Thaksin Shinawatra dan mantan Presiden Timor Leste Jose Ramos Horta. Acara ini akan dibuka oleh Presiden RI Susilo Bambang Yudhoyono.

Sunday, 15 July 2012

 MUHIYUDDIN YASSIN DAH TAK SOMBONG LAGI
oleh Akhi Nosa Iskandar

     MUHIYIDDIN YASSIN Timbalan Perdana Menteri sudah surut dari sikap sombongnya bila menyatakan UMNO kena pertahankan Parlimen Gelang Patah habis-habisan dalam PRU13 nanti. Biasanya dia akan dengan sombongnya berkata 'tak mungkin pembangkang akan dapat menembusi mana-mana kawasan Parlimen maupun DUN di Johor kerana selama ini beliau mendakwa Johor sudah dikenali sebagai kubu kuat UMNO sejak zaman berzaman'.


      Dalam waktu yang sama ketika berucap dalam konvesyen UMNO Wilayah Persekutuan semalam dia juga menyatakan UMNO/BN kalah dalam PRU12 dulu hanya kerana orang UMNO sendiri 'cah keting' bukan kerana kekuatan pembangkang. Dalam  dua kenyataan yang berbeza itu nampak sangat Muhiyuddin sudah tidak yakin akan kekuatan UMNO/BN diseluruh negara. 


       Diwaktu sama PAS/PKR/DAP sudah berada dalam kekuatan luar biasa. Himpunan Hijau oleh PAS sentiasa berjaya dengan kehadiran puluhan ribu orang dan Merdeka Rakyat yang menjadi medium PKR memberi penerangan yang dihadiri sendiri oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sentiasa mendapat sambutan yang luarbiasa. Artis-artis dan bekas-bekas penjawat awam pula kian ramai yang menyertai PAS dan orang melayu yang selama ini sangsi dengan DAP sudah mula menerima parti itu sebagai rakan kongsi untuk menumbangkan UMNO/BN.


       Dalam gelombang besar pada kali ini Akhi tak dapat lagi menyembunyikan rasa yakin bahawa selain dari merampas kembali Perak dari BN mungkin akan menawan beberapa buah negeri yang lain. Akhi meramalkan Negeri Sembilan dan Melaka akan menerima nasib yang sama dengan 5 negeri yang tumbang dalam PRU12 yang lalu.

       Kerusi Parlimen juga tidak akan lagi membenarkan dua pertiga dikuasai oleh BN. Pakatan Rakyat kena terus bekerja keras kerana sudah ada tanda-tanda untuk mereka menguasai Putrajaya. Dan dengan kabinet bayangan PR yang dapat memberikan kepuasan kepada ketiga-tiga parti kompenan PR, walaupun tidak sepenuhnya tapi sudah memadai untuk meyakinkan rakyat berbilang kaum untuk memberikan undi mereka kepada Pakatan Rakyat dalam PRU13 yang akan diadakan bila-bila masa sekarang.  

Friday, 13 July 2012


Dah nak tergolek baru panggil kami

Aspan Alias,13 Jul 2012
Rupa-rupanya semalam PM Najib telah memanggil semua bekas-bekas wakil rakyat BN seluruh negara ke kediaman beliau untuk meminta bantuan untuk BN menghadapi pilihanraya yang paling getir buat parti pemerintah sejak negara merdeka.

Dalam keadaan sebegini tentulah sebab kenapa mereka dipanggil itu ialah kerana Najib tidak begitu yakin meraih kemenangan apabila menghadapi parti-parti ‘alternative’ dalam PRU akan datang ini.

Dua orang bekas ADUN dan seorang bekas ahli parlimen telah menghubungi saya dan ketiga-tiga orang ini mempunyai cerita yang sama.

“Dah nak tergolek baru panggil kami,” kata salah seorang yang menghubungi saya itu.

Menurut kata ahli MUBARAK itu, Najib mengakui yang tekanan terhadap UMNO dan BN sangat kuat dan pihak PR begitu serius dalam usaha untuk ke Putrajaya itu.

“Kami bekas-bekas ADUN dilayan macam orang tidak berguna. Saya pergi saya hendak mendengar temberang Najib dan Muhyiddin sahaja. Kami ini ibarat orang yang ‘dipanggil datang, di suruh pergi. Itu sahaja,” kata bekas ADUN yang masih menganggotai jawatankuasa UMNO bahagian itu.

Bekas ahli parlimen dan Menteri pula berkata, “Muhyiddin kata ada peningkatan sokongan bagi UMNO sekarang. Aku diam aje. Dalam hati aku bertanya, kat mana dia pertambahan sokongan itu? Kat Johor sendiri pun banyak kerusi BN akan lingkup,” katanya kepada saya.

Apa yang dilakukan oleh Najib ini tidak ada salahnya kerana bekas-bekas wakil rakyat ini merupakan ahli-ahli kepada parti-parti komponan BN dan Najib ada ‘moral standing’ untuk memanggil mereka dalam BN sedang menghadapi penyakit yang tidak dapat diubati ini.

Dalam lain perkataan Najib hanya memanggil dan menjadikan mereka orang-orang penting dalam keadaan tersepit.

Tetapi Najib tidak pernah meminta pandangan mereka sebelum melakukan apa-apa tindakan dan pelan gerakan parti bagi menghadapi PRU kali ini.

Selama ini Najib, orang nombor satu negara itu hanya memberikan tumpuan kepada pandangan ‘consultant-consultant’ politik beliau sahaja dan beliau tidak bertapak kepada bumi yang nyata.

Semasa saya menulis posting ini saya telah mendapat panggilan dari seorang bekas Exco kerajaan sebuah negeri dan beliau memberi tahu yang Najib sedang nazak politiknya.

“Apa yang saya benci sekarang ini, jika BN masih dapat kuasa hanya orang-orang tertentu sahaja yang akan mendapat habuan dan kami ini hanya dijadikan landasan untuk mereka menyamun dan merompak kita.

"Bagi saya UMNO sudah sampai waktunya untuk dibersarakan bagi memberi harapan kepada rakyat yang ramai mendapat nikmat kekayaan negara,” kata beliau yang pernah menjadi exco kerajaan dalam pertengahan lapan puluhan tahun dahulu.

“Orang bawahan hanya di anggap sebagai kaldai sahaja. Lepas kroni Mahathir, kroni Najib pula yang membelasah. Lepas tu kroni Muhyiddin dan kroni-kroni MB-MB pula yang mengaut keuntungan sokongan ramai.

"Orang ramai dapatlah BRIM, beratur sepanjang-panjangnya untuk mendapat sejemput duit untuk menyambung kehidupan yang terdesak,” Sambungnya lagi.

Sebenarnya apa yang diperlukan rakyat ialah dasar yang kuat untuk rakyat dan dilaksanakan secara betul. Dasar itulah yang sepatutnya turun kebawah dan bukannya batang tubuh pemimpin. Mahal harganya untuk Najib turun acapkali kebawah tetapi rakyat hanya dapat makan karipap sahaja.

Rakyat sudah jelak dengan sikap pemimpin berebut-rebut berniaga dengan rakyat yang ramai. Rakyat sudah tidak tahan lagi menteri-menteri yang sepatutnya melakukan ‘supervision’ terhadap pegawai dan penjawat awam yang sepatutnya melaksanakan dasar itu telah masuk campur dalam perniagaan bersama-sama pegawai kerajaan.

Di negara ini sahaja kita mendengar menteri-menteri adalah kontraktor, menteri-menteri juga meupakan pembekal kepada kerajaan dari membekalkan mee maggi sehingglah membekalkan kapal selam untuk pertahanan negara.

Anak-anak pemimpin kita juga yang mengambil alih syarikat-syarikat strategik negara seperti yang dilakukan oleh anak Mahathir dengan mengambil alih Exxon Mobil dan memaksa MAS membeli bahan bakar dari syarikat itu untuk keperluan syarikat penerbangan negara, MAS.

Pemimpin besar negara juga lah yang mengambil wang Petronas untuk menyelamatkan perniagaan anak kesayangannya. Cakap pemimpin ini bergegar-gegar memarahi orang Melayu yang terlalu bergantung kepada kerajaan semata-mata untuk hidup tetapi semua anaknya bergantung kepada harta benda rakyat untuk menjadi kaya raya yang tidak terperi.

Sebagaimana yang dikatakan oleh salah seorang yang hadir dalam pertemuan dengan Najib semalam, “Nampak sangat yang mereka (pemimpin-pemimpin) rasa terdesak dan meminta sokongan kami yang sudah lama dilupai ini. Pergi jahannamlah!!” kata beliau marah-marah.

KEADILAN sertai Himpunan Oren Selamatkan Felda

(Oleh Redzuan Shamsudin)
KUALA LUMPUR 13 Julai: Demonstrasi peneroka membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) Berhad yang berlangsung esok mendapat sokongan padu KEADILAN.
Timbalan Setiausaha Agungnya, T Kumar berkata, penyenaraian yang dilaksanakan oleh kerajaan BN amat menindas peneroka dan mereka berhak membantah.
“KEADILAN menyokong demonstrasi itu kerana kita nampak penyenaraian ini tidak membawa keuntungan kepada peneroka.
T. Kumar
“Dari segi jangka panjang, kerugian lebih besar ditanggung peneroka. Begitu juga 840,000 ekar tanah yang dipajakkan oleh FGVH. Tanah itu kini dibuka kepada pembeli saham termasuk pelabur asing,” katanya.
Menyokong tunjuk perasaan, Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Birham juga menggesa ahli-ahli KEADILAN menyertainya bagi menunjukkan kepada kerajaan BN rakyat menentang kezaliman ke atas peneroka.
“Anggota KEADILAN dan semua golongan peneroka serta generasi kedua akan menyertai himpunan ini esok.
“Pemimpin-pemimpin parti juga dijangka turut hadir dalam demonstrasi bagi menzahirkan sokongan terhadap tuntutan peneroka,” ujarnya.
Himpunan ini bermula jam 2.00 petang di Perkarangan Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta dan berarak ke Istana Negara.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32750

RAJA BOLEH DIKRITIK, 

KATA BEKAS MUFTI

KUALA LUMPUR : Tokoh Islam terkenal, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mendakwa raja tidak kebal dari kritikan dan mesti bertanggungjawab terhadap tindakan mereka mencetuskan kemarahan di laman sosial Twitter selepas beliau mengeluarkan kenyataan yang dikaitkan dengan kritikan terhadap keluarga diraja baru-baru ini.

Bekas mufti Perlis itu yang kini merupakan zamalah pelawat di Universiti Oxford memuji British kerana menyemak perbelanjaan keluarga diraja dan memastikan mereka bertanggungjawab terhadap pembayar cukai. Menurut Dr Asri, langkah ini baik untuk mencegah penyelewengan.
Dalam tulisan bertajuk “Mereka Paling Mencegah Kezaliman Raja”, beliau menyatakan, walaupun keluarga diraja British memberikan sumbangan besar dalam sejarah negara tersebut, mereka (keluarga diraja) tidak dibiarkan untuk berbuat sesuka hati.

Dr Asri menulis perkara tesebut selepas membaca laporan akhbar Daily Mirror yang diterbitkan pada 3 Julai lalu tentang perbelanjaan perjalanan keluarga diraja British yang melambung tinggi mencecah 6.1 juta pound sterling tahun lalu.

Dr Asri membandingkan pengalaman British dengan dunia Islam dimana British memberikan kebabasan kepada warga untuk mengkritik pemimpin manakala dunia Islam pula menjatuhkan hukuman kepada rakyat yang mengkritik pemimpin.

“Lihatlah dunia Islam di mana golongan bangsawan boleh mengaut segala kekayaan minyak, balak, gas, tanah dan segala harta awam rakyat tanpa siapa boleh mempertikaikan. Malahan siapa yang berani mempertikaikan akan menerima hukuman,” tulis beliau lagi.

Dr Asri mengkritik golongan agama yang mempertahankan kezaliman penguasa sepertimana ulama berfatwa mempertahankan Muammar Qadafi, Hosni Mubarak dan rejim yang masih hidup iaitu Bashar al-Assad.

Walaupun tidak menyentuh tentang Malaysia dalam tulisannya itu, Dr Asri menimbulkan kontroversi dalam laman sosial Twitter Isnin lalu.

“Melayu salah baca sejarahnya; Jebat sbnarnya tdk derhaka tp Sultan Melaka yg celaka. Mnzalimi rakyat tp mndakwa brdaulat,” kata beliau melalui akaun Twitter? nya, @realDrMAZA.

Tokoh agama popular itu mendapat reaksi serta merta dari penyokong Umno kerana kenyataannya mengenai Jebat – kisah mitos Melayu yang selama ini menyatakan Jebat adalah seorang penderhaka kerana berani melawan raja yang menindas sahabat baiknya, Hang Tuah.

Pada masa sama, Dr Asri menulis di laman sosial Twitter tentang insiden Syed Abdullah Hussien Al-Attas — lebih dikenali dengan nama Uncle Seekers di blognya — kini disiasat polis kerana memalukan Sultan Johor, berkaitan dengan kritikannya bekas mufti Perlis itu terhadap ketidakseimbangan kuasa.

“Uncle seeker hendaklah dibawa ke mahkamah dan dibicara dgn adil segala dakwaannya. Rakyat ingin melihat keadilan ditegakkan “ kata Dr Asri.

Uncle Seekers bukanlah insiden pertama kerana sebelum itu, pemimpin popular yang juga ahli parlimen dan adun, Datuk Seri Nizar Jamaluddin turut disiasat dibawah akta hasutan kerana mengkritik Sultan Johor yang membeli nombor pendaftaran WWW1 dengan harga RM520,000 Mei lalu.

Pemimpin pemuda Umno, Tun Faisal Ismail Aziz, yang mengetuai Unit Media Baru (UMB) parti tersebut, terus menjawab tulisan Dr Asri itu di laman sosial Twitter.

“Blogger Pas mengamuk akibat dengar ceramah yang halalkan pemimpin diguling dengan mata pedang?” tulis Tun Faisal melalui akaun Twitternya @tunfaisal.

Tulisan Tun Faisal itu terus dijawab oleh Dr Asri — sebelum ini cuba dipancing oleh PAS untuk menyertai parti tersebut, tetapi intelektual Islam itu masih kekal bebas dari sebarang parti politik.
“Bala bagi UMNO jika org spt @tunfaisal ini menduduki kepimpinan.

“Rakyat tdk membenci UMNO ttp mmbenci perangai sstengah org/pemimpin UMNO. Mrklah yg menyuburkan kebencian ramai pd parti trsebut,” jawab Dr Asri.

Pemimpin NGO dan parti pembangkang telah lama mengkritik kerajaan kerana menggunakan Akta Hasutan 1948 sebagai senjata politik dan menghentikan kritikan, walaupun perkara yang dikritik itu benar.

Dalam usaha untuk memulihkan imej beliau sebelum pilihan raya umum yang perlu diadakan selewat-lewatnya April depan, perdana menteri mengumumkan pelan pentadbirannya untuk meminda akta berusia 64 tahun itu dan menggantikan dengan akta baru yang dinamakan Akta Keharmonian Nasional.

“Dengan adanya akta baru ini, kita akan lebih bersedia untuk menguruskan tahap kesilapan negara.

“Ia juga akan membantu mengukuhkan dan melindungi perpaduan negara serta memupuk keharmonian agama,” lapor The Star.


Perjuangan untuk rakyat lebih penting dari nasib saya – Anwar

SUBANG JAYA: Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat supaya meneruskan perjuangan sekalipun beliau dipenjara, demi membebaskan negara ini dari kancah rasuah, selain menegakkan demokrasi dan keadilan serta menolong rakyat miskin.
Berulang kali berkata demikian, beliau tidak digentar dipenjara, malah pernah mengalami pelbagai seksaan, penghinaan dan dipukul tetapi ia tidak sedikitpun mengurangkan semangat juang membela rakyat.
“Ini perjuangan agama dan tuntutan universal,” kata Ketua Umum KEADILAN itu depan kira-kira 10,000 orang dalam ceramah di stadium mini 3K Subang Jaya, malam tadi.
Kurang 60 jam menjelang keputusan kes Fitnah II, Isnin ini, Anwar sudah sedia berdepan sebarang kemungkinan dan keputusan mahkamah, selain bersedia di segi mental dan fizikal.
Orang Ramai Yang Membanjiri Ceramah Malam Itu
Dengan tegas, Anwar berkata: “Kes Fitnah II dan keputusannya tidaklah penting. Yang lebih penting ialah persiapan Pakatan Rakyat menghadapi PRU 13 supaya Pakatan dapat berkuasa di Putrajaya.
“Kita mesti teruskan perjuangan menegakkan keadilan, kebebasan, menentang rasuah, diskriminasi, penipuan dan kezaliman BN. Perjuangan ini jauh lebih penting dari memikirkan nasib saya atau keputusan mahkamah,” katanya.
Dipetik dari HarakahDaily, kata-kata itu disambut dengan tepukan gemuruh dari orang ramai yang terdiri dari pelbagai kaum.
Dengan suara bergetar, Anwar memberitahu, beliau akan terus berjuang sama ada di dalam penjara atau di luar penjara dan meminta  rakyat yang mahukan kebebasan dan pemerintahan yang adil, mesti meneruskan perjuangan.
Dalam pada itu, beliau berkata, beberapa pemimpin negara Asia Barat termasuk kerajaan baru Tunisia dan Perdana menteri Turki, Resep Rayeeb Erdogan menawarkan beliau dan keluarganya supaya tinggal di negara mereka tetapi beliau menolak.
“Saya tidak akan lari ke luar negara walau apapun kemungkinan yang berlaku. Wan Azizah, anak-anak dan menantu sudah saya beritahu,” katanya.
Minggu depan, kata Anwar, beliau akan berada di luar negara beberapa hari untuk berucap di beberapa seminar termasuk di Turki yang akan membincangkan persoalan gerakan Islam dan demokrasi.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=25255

Prihatin rakyat miskin, Anwar tolak biasiswa Nurul Izzah

(Oleh Sidiqin Omar)
PETALING JAYA 13 Julai: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu, beliau pernah menolak biasiswa yang diperolehi Nurul Izzah, ketika anaknya itu melanjutkan pelajaran ke Universiti Teknologi Petronas (UTP)
“Ya, ketika itu saya jadi Menteri, tapi saya tolak. Boleh periksa rekod, ada seorang tolak (bantuan). Kenapa (saya tolak)? Sebab ada anak orang miskin lain yang tak dapat.
“(Untuk) saya, tak mengapa. Sebab (keluarga) kita mampu (tampung kos pelajaran),” katanya di hadapan 3,000 hadirin pada Ceramah Merdeka Rakyat di Taman Petaling Utama, dekat sini malam tadi.
Anwar membidas sikap tamak pemimpin Umno BN mengaut harta negara, sehinggakan kuota biasiswa untuk pendidikan turut mahu dibolot.
“Oh…Kalau anak Menteri senang dapat (biasiswa), orang miskin kena mohon. Sekarang, nak belajar kena hutang dengan PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional),” tegasnya.
Beliau turut mengulas dasar kerajaan Turki yang diterajui sahabatnya, Reccep Tayyip Erdogan selepas kemenangan AK Party dalam pilihan raya negara itu pada 2002.
“Erdogan anak kampung. Jadi Perdana Menteri Turki selepas keluar penjara. Tahu apa katanya?; ‘Saya takkan bangga menjadi Perdana Menteri kalau ada anak orang miskin yang tak mampu belajar kerana kemiskinannya’.
.
“Sebab itu sekarang ini di Turki, pendidikan percuma dari sekolah rendah sampai Universiti. Apakah Turki kaya, ada minyak sawit, ada minyak petrol? Tidak ada.
.“Di Malaysia apa yang tidak ada? Minyak sawit, minyak petrol ada. Untung Petronas RM80 bilion. Kita mampu buat, Menang Pakatan Rakyat tahun ini, tahun ini juga kita mansuh PTPTN,” katanya disambut tepukan gemuruh.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=32736